Friday, 4 December 2015

SISTEM KADASTER DI MALAYSIA

Baru-baru kami telah mengadakan lawatan ke JUPEM, melalui lawatan tersebut kami dapat mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sistem kadaster yang digunapakai di Malaysia.Iaitu sistem kadaster di Malaysia telah berusia lebih daripada 120 tahun dan telah melalui banyak perubahan. Perubahan yang keberlangsungan telah berlaku secara berperingkat mengikuti perubahan teknologi dari masa ke masa. Pada masa sekarang, perubahan dalam sistem kadaster atau reformasi kadaster yang sedang berlangsung di seluruh dunia adalah kerana perubahan yang pesat dalam masyarakat terhadap penggunaan hartanah. Di Malaysia permintaan atau tekanan kepada tanah adalah akibat daripada pembangunan yang pesat dalam penggunaan tanah.

 Oleh yang demikian, sistem ukuran kadaster di Malaysia perlu melalui perubahan supaya bersesuaian dengan teknologi kini. Pada masa kini sistem ukur kadaster di Malaysia adalah berdasarkan kepada pengukuran dimensi setiap bidang tanah dan diselaraskan lokasinya dengan lot yang bersebelahan. Justeru itu, konsep sistem ini amat mementingkan garisan sempadan (bearing dan jarak) bagi setiap lot kadaster yang ditentukan melalui proses pengukuran yang standard. Selaras dengan era perkembangan peralatan ukur terkini seperti GPS dan Total Station disamping teknologi termaju seperti ICT dan GIS maka telah sampai masanya sistem kadaster negara diperkemas agar perkembangan teknologi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pengurusan kadaster yang cekap dan berkesan dalam era moden ini menuntut satu sistem digital yang mesra pengguna dengan penggunaan perkakasan berteknologi tinggi. Menyedari kelebihan yang ada pada teknologi GIS dan GPS ini, maka negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Singapura telah mengorak langkah menukarkan sistem dimensi (penggunaan bearing dan jarak) kepada sistem ukur kadaster berdasarkan koordinat.


JUPEM sebagai jabatan kerajaan yang tertua dan peneraju utama bagi melaksanakan aktivitiaktiviti ukur tanah dan pemetaan serta pengurusan maklumat berkaitannya sedang mengalami suatu reformasi kadaster. Semuanya ini dibuat semata-mata untuk meningkatkan kemampuan (JUPEM) memberi perkhidmatan ukur tanah yang efisien, berkualiti dan dapat menyebarkan maklumat geografikal yang sesuai keseluruhan berkoordinat Semenanjung Malaysia. Seterusnya dengan kemunculan sistem kadaster adalah tepat pada masanya.

No comments:

Post a Comment

Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif