Konsep
Islam dalam pengurusan harta tanah iaitu dengan menfokuskan kepada isu
penyelesaian harta warisan dan ilmu Farai′d sangat penting, namun ianya tidak
diketengahkan dan diterap masuk ke dalam sukatan akademik Nationalism,
Community Development and Ethnic Relations 2 negara. Pada hakikatnya, ia amat
penting dan berguna sebagai suatu landasan dan petunjuk dalam sesebuah
pembangunan harta tanah yang seimbang dan terancang dengan mengambil kira semua
aspek termasuk perundangan dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Namun,
tidak dapat dinafikan dalam sistem pendidikan tradisional Islam yang terdapat
di Malaysia, pelajaran ilmu Fara'id dan ilmu falak ini ada dimasukkan ke dalam
kurikulum peringkat tinggi (sanawi dan 'aliyah). Sistem pendidikan tradisional
Islam ini juga termasuk sukatan pelajaran yang diajarkan di pondok bagi Tanah
Melayu dan Selatan Thailand, pesantren di Pulau Jawa dan Sumatera, dayah atau
zawiyah di Acheh. Ini kerana, ilmu ini sangat penting dipelajari dalam konteks
ilmu fardhu kifayah di samping ilmu fardhu ain’. Antara nama-nama ulamak yang
terkenal dengan kepakaran ilmu fara'id dan ilmu falak ialah Syeikh Ahmad Khatib
al-Minankabawi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Abdullah Fahim (Syed
Muhammad Dawilah alEdrus, 2007).
Sebagai
contoh, kehebatan Sheikh Abdullah Fahim (datuk YAB Tun Abdullah Badawi, Mantan
Perdana Menteri Malaysia kelima) terbukti apabila dalam perkiraan ilmu falaknya
iaitu tarikh kemerdekaan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogos 1957 apabila diminta
oleh YM Tengku Abd Rahman Putera alHaj Perdana Menteri pertama. Selain itu
juga, ilmu pengurusan perancangan pewarisan harta dalam Islam atau ilmu Far′aid
ini adalah di antara ilmu yang terawal diangkat oleh Allah S.W.T. Maka, dengan
menuntut ilmu ini dan mendalaminya telah menjadikan ia sebagai fardhu kifayah
(Noor Hayati Marzuki & Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, 2009).
Dengan demikian, mendalami bidang pengurusan
harta yang amat penting ini seharusnya dititikberatkan oleh semua pihak bukan
sahaja para intelektual agama, bahkan golongan pengurus harta amnya harus
menerokai bidang kritikal ini secara mendalam. Sewajarnya, ilmu Far′aid ini
perlu diarusperdanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada setiap
peringkat pengajian samaada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di
institusi pengajian tinggi.
Bidang harta tanah membentuk satu komponen
yang sangat besar dalam ekonomi negara dan ianya telah menjana sebahagian besar
daripada kekayaan negara (Mani Usilappan, 2006). Namun, walaupun bidang ini
sangat penting, tetapi kira-kira lima puluh tahun yang lalu tidak ada institusi
pengajian tinggi atau mana-mana universiti di rantau ini yang semata-mata
menawarkan subjek seperti pembangunan harta tanah, pelaburan, pengurusan atau
pemasaran harta tanah. Tetapi, pada ketika ini telah terdapat empat universiti
yang menawarkan kursus sepenuh masa dalam pendidikan dan latihan secara
profesional untuk tujuan yang sama di negara ini. Sesungguhnya, dapat
disimpulkan bidang harta tanah di negara kita ini masih dalam peringkat
permulaan dan baru diterokai. Di Malaysia, langkah ke arah menubuhkan sebuah
program ijazah di universiti dalam bidang harta tanah adalah pada tahun 1973,
apabila kumpulan pertama yang terdiri daripada tiga belas orang pelajar lepasan
sekolah mengambil kursus Pengurusan Harta Tanah di Universiti Teknologi
Malaysia dan telah lulus pada tahun 1978 (Mani Usilappan, 2006).
Justeru,dapat
dirumuskan juga bahawa bidang pengurusan harta tanah di negara kitabaru sahaja
diiktiraf sebagai satu disiplin akademik berbanding negara-negara Barat yang
lain walaupun bidang ini amat penting untuk Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014 3
dikuasai. Selain itu juga, sistem pentadbiran dan perundangan mengenai
pengurusan harta tanah di negara kita kini masih banyak mewarisi pengaruh
British iaitu merujuk kepada British Common Laws. Sehingga kini, undangundang
Islam dalam membentuk satu sistem yang berteraskan Syariah di negara kita masih
gagal digantikan secara keseluruhannya akibat pertembungan antara undang-undang
(Noraini Noordin, 2011).
Oleh
yang demikian, jika dilihat secara umumnya konsep Islam dalam pengurusan harta
tanah di negara kita masih jauh ketinggalan dan ianya belum diaplikasikan
secara praktikal. Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara
maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya pendidikan seiring dengan arus
peredaran masa. Justeru, kesedaran masyarakat dan semua pihak yang terlibat
dalam pengurusan harta tanah perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira semua
aspek termasuk konsep Islam itu sendiri.
facebook,com
ReplyDelete