Friday, 4 December 2015

'SISTEM AUTOMASI BANGUNAN' & 'INTELLIGENT BUILDING'.


Sistem Automasi Bangunan (Building Automation System, BAS) merupakan sistem kawalan yang berasaskan mikropemproses dan komputer. Ia memusatkan pengawasan, pengoperasian dan pengurusan bangunan bagi mencapai tahap operasi yang lebih efisien dan bagi implementasi strategi pengurusan tenaga. BAS adalah komponen yang penting dalam kawalan kemudahan bangunan dan Sistem Pengurusan Tenaga (Energt Management System, EIS) untuk mewujudkan sebuah Bangunan Pintar.

Sistem ini berupaya mengurangkan kos operasi, memudahkan penyelenggaraan bangunan serta memberi maklumat yang jelas tentang titik kawalan kepada pengguna yang berkenaan. Kawalan yang dibuat oleh BAS memerlukan kombinasi beberapa elemen kawalan seperti penderia, penggerak, unit kawalan medan dan unit kawalan pusat. Memandangkan skop bagi kawalan BAS adalah besar, projek ini hanya akan melibatkan pengendaliarL pengawalan dan implementasi BAS secara berkomputer terhadap Unit Pengendalian Udara, AIIU iaitu salah satu dari peralatan pemanasan, peredaran udara dan penyaman udara (Heating, Ventilation and Air-conditioning, HVAC).

Ia juga selaras dengan sistem ‘intelligent building’. Konsep Intelligent Building adalah sebagai alternatif pemilihan bagi mengatasi krisis energi atau tenaga pada awal tahun 1970-an, dimana para pemaju dipaksa untuk mengekalkan penggunaan tenaga dengan sistem pemusatan dan pengawalan penggunaan tenaga letrik. Istilah Intelligent Building baru dikenalkan pemakaiannya bagi penggunaan pada ruang pejabat pada awal tahun 1980-an. Perkembangan Intelligent Building di Kuala Lumpur sendiri dimulai pada awal tahun 1990-an. Selama resesi pada tahun 1985 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membekukan perizinan bagi pembangunan ruang pejabat sebagai akibat ramainya persediaan ruang pejabat di pasaran.


Walaubagaimanapun dengan keadaan perekonomian yang semakin baik, tingkat pemakaian (accupancy rate) bangunan ruang pejabat telah mengalami perkembangan yang kukuh. Dengan masuknya pelbagai pelaburan asing dalam i COPYRIGHT © UiTM Kerajaan Malaysia dan berikut kurangnya kualiti ruang pejabat bagi memenuhi keperluan korporat-korporat antarbangsa yang menjalankan aktiviti di Kuala Lumpur, maka DBKL telah mengeluarkan kebijaksanaan untuk menggalakan pembangunan berkualiti tinggi atau 'high tech building' di pusat kawasan niaga (central business distric), Kuala Lumpur. 

Polisi ini adalah merupakan bahagian dari strategi DBKL untuk mengubah Kuala Lumpur sebagai kota moden yang boleh dijadikan sebagai model bagi kawasan Asia Tenggara. Dengan semakin banyak wujud bangunan pejabat yang menggunakan sistem bangunan pintar, maka satu pengurusan harta yang cekap dan berkesan adalah diperlukan bagi mencapai objektif-objektif pelaburan keatas bangunan pejabat. Bangunan pintar akan memerlukan satu sistem pengurusan harta yang berbeza dibandingkan dengan bangunan konvensional.
Video di bawah menunjukkan dengan lebih jelas mengenai sistem pengurusan bangunan yang pintar.


No comments:

Post a Comment

Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif