Wednesday, 2 December 2015

FUNGSI JKPTG DALAM BAHAGIAN PENGAMBILAN TANAH


BAHAGIAN
  • Memastikan permohonan Pengambilan Tanah berjalan dengan lancar, menepati keperluan dengan cekap seperti kehendak Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Memastikan permohonan mendapatkan kebenaran Y.B. Menteri bagi pembatalan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 berjalan dengan lancar


UNIT PENGAMBILAN TANAH NEGERI
  • Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri;
  • Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa;
  • Membantu Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan) melalui permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai.
  • Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan



FUNGSI
  • Menerima permohonan dan dokumen sokongan pengambilan tanah daripada agensi pemohon (Kementerian) bagi maksud Persekutuan melalui proses pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Memantau proses pengambilan tanah dan permintaan ukur di JKPTG cawangan negeri melalui Laporan Prestasi Bulanan Unit Pengambilan Tanah dan laporan pemantauan.
  • Mendapatkan kelulusan Y.B. Menteri mengenai penamatan kawasan penempatan Berkelompok di bawah seksyen 44(1) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok).
  • Membantu pengawasan ke atas penggunaan dan pencerobohan tanah rizab dan tanah milik Persekutuan.
  • Menyediakan dan meminda undang-undang dan pekeliling KPTG berkenaan dengan pengambilan tanah dan penamatan kawasan penempatan berkelompok.
  • Memastikan Kualiti Jabatan sentiasa terpelihara mengikut garis panduan di dalam Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti MS ISO 9002 Jabatan.


No comments:

Post a Comment

Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif