Sistem
Automasi Bangunan (Building Automation System, BAS) merupakan sistem kawalan
yang berasaskan mikropemproses dan komputer. Ia memusatkan pengawasan,
pengoperasian dan pengurusan bangunan bagi mencapai tahap operasi yang lebih
efisien dan bagi implementasi strategi pengurusan tenaga. BAS adalah komponen
yang penting dalam kawalan kemudahan bangunan dan Sistem Pengurusan Tenaga
(Energt Management System, EIS) untuk mewujudkan sebuah Bangunan Pintar.
Sistem ini
berupaya mengurangkan kos operasi, memudahkan penyelenggaraan bangunan serta
memberi maklumat yang jelas tentang titik kawalan kepada pengguna yang
berkenaan. Kawalan yang dibuat oleh BAS memerlukan kombinasi beberapa elemen
kawalan seperti penderia, penggerak, unit kawalan medan dan unit kawalan pusat.
Memandangkan skop bagi kawalan BAS adalah besar, projek ini hanya akan
melibatkan pengendaliarL pengawalan dan implementasi BAS secara berkomputer
terhadap Unit Pengendalian Udara, AIIU iaitu salah satu dari peralatan
pemanasan, peredaran udara dan penyaman udara (Heating, Ventilation and
Air-conditioning, HVAC).
Ia juga
selaras dengan sistem ‘intelligent building’. Konsep Intelligent Building
adalah sebagai alternatif pemilihan bagi mengatasi krisis energi atau tenaga
pada awal tahun 1970-an, dimana para pemaju dipaksa untuk mengekalkan penggunaan
tenaga dengan sistem pemusatan dan pengawalan penggunaan tenaga letrik. Istilah
Intelligent Building baru dikenalkan pemakaiannya bagi penggunaan pada ruang
pejabat pada awal tahun 1980-an. Perkembangan Intelligent Building di Kuala
Lumpur sendiri dimulai pada awal tahun 1990-an. Selama resesi pada tahun 1985
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membekukan perizinan bagi pembangunan
ruang pejabat sebagai akibat ramainya persediaan ruang pejabat di pasaran.
Walaubagaimanapun
dengan keadaan perekonomian yang semakin baik, tingkat pemakaian (accupancy
rate) bangunan ruang pejabat telah mengalami perkembangan yang kukuh. Dengan
masuknya pelbagai pelaburan asing dalam i COPYRIGHT © UiTM Kerajaan Malaysia
dan berikut kurangnya kualiti ruang pejabat bagi memenuhi keperluan
korporat-korporat antarbangsa yang menjalankan aktiviti di Kuala Lumpur, maka
DBKL telah mengeluarkan kebijaksanaan untuk menggalakan pembangunan berkualiti
tinggi atau 'high tech building' di pusat kawasan niaga (central business
distric), Kuala Lumpur.
Polisi ini adalah merupakan bahagian dari strategi DBKL
untuk mengubah Kuala Lumpur sebagai kota moden yang boleh dijadikan sebagai
model bagi kawasan Asia Tenggara. Dengan semakin banyak wujud bangunan pejabat
yang menggunakan sistem bangunan pintar, maka satu pengurusan harta yang cekap
dan berkesan adalah diperlukan bagi mencapai objektif-objektif pelaburan keatas
bangunan pejabat. Bangunan pintar akan memerlukan satu sistem pengurusan harta
yang berbeza dibandingkan dengan bangunan konvensional.
Video di bawah menunjukkan dengan lebih jelas mengenai sistem pengurusan bangunan yang pintar.