Monday, 19 October 2015

SISTEM TORRENS

        Sistem Torrens sebenarnya adalah berasal daripada sistem yang digunapakai di Australia dan tidak diambil daripada British walaupun kita diperintah oleh British pada masa dahulu. Sistem ini adalah amat berkesan dalam menguruskan pemilikan tanah dan mengenalpasti ciri-ciri pemilikan tanah tersebut melalui maklumat-maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik itu sendiri.

Melalui Sistem Torrens terdapat 2 prinsip yang digunapakai iaitu:
1) Prinsip ‘Cermin’ (mirror)
2) Prinsip ‘Tabir’ (curtain)

Melalui Prinsip Cermin, dokumen hakmilik disediakan dalam 2 salinan asal yang mana satu salinan disimpan di Pejabat Tanah berkaitan (sama ada Pejabat Tanah Daerah atau Pendafar Hakmilik Negeri) dan satu lagi akan disimpan oleh pemilik tanah berkenaan. Segala maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik di Pejabat Tanah terdapat di dalam dokumen hakmilik yang disimpan oleh pemilik hartanah yang bermakna segala maklumat yang diingini oleh seseorang mengenai hartanah berkenaan boleh diperolehi sama ada melalui salah satu dokumen berkenaan sebagaimana prinsip cermin.

Prinsip kedua pula iaitu Prinsip Tabir bermaksud segala maklumat berkaitan hartanah adalah dinyatakan di dalam dokumen hakmilik berkenaan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat berkenaan seperti jenis kegunaan tanah, saiz, jenis pemilikan, syarat-syarta nyata dan pemilikan hartanah berkenaan.


Sistem Torrens merupakan asas kepada sistem tanah Malaysia dan menjadi jantung kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 di bawah Seksyen 340. 

4 comments:

  1. Apakah yang menarik minat anda untuk melawat blog kami?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sebab banyak input yang sy dpt kat blog ni. terima kasih yee

    ReplyDelete

Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif