Assalamualaikum dan salam UTM
sanjungan bangsa. Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana kami dapat
menulis lagi tentang Kanun Tanah Negara. Pada semester ini, iaitu semester tiga
tahun dua pengajian kami di UTM kami telah didedahkan mnegenai apa itu Kanun
Tanah Negara atau dikenali sebagai KTN. Untuk pengetahuan semua KTN adalah asas
undang-undang tanah di Malaysia. KTN mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966.
Sistem pemegangan tanah adalah sama di semua 11 buah negeri di semenanjung
barat Malaysia. Sebelum wujudnya KTN, Malaysia mempunyai 2 pemegangan tanah
yang berlainan iaitu salah satunya adalah berasaskan Sistem Torrens.
Sistem Torrens
adalah berasaskan kepada sistem pendaftaran. Sebarang bentuk hakmilik perlu
didaftarkan di Pejabat Tanah. Tujuan pendaftaran adalah untuk rujukan atau
simpanan bukti rujukan masa hadapan. Terdapat tiga prinsip yang telah
ditekankan iaitu prinsip cermin, prinsip tadbir dan prinsip data insurance.
Tetapi di Malaysia, prinsip cermin dan prinsip tadbir telah ditekankan.
Prinsip cermin
adalah pendaftaran yang mencerminkan atau menggambarkan semua fakta atau
kepentingan yang berkaitan dengan tanah tersebut. Prinsip Tadbir pula adalah,
pendaftaran tanah tersebut tidak perlu
menyingkap atau melihat di sebalik sejarah pendaftaran sebelum ini.
Kebaikan atau manfaat daripada Sistem Torrens ini adalah semua data telah
direkodkan dan proses berjalan dengan mudah dan lancar. Proses berjalan dengan
mudah kerana semua negeri menggunakan sistem ini. Sekian sahaja penerangan kami
mengenai KTN. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Segala kesilapan harap dapat
dibaiki bersamaa demi kebaikan masa depan.
No comments:
Post a Comment