Thursday, 22 October 2015

ISU TANAH DI MALAYSIA

MASALAH TANAH PERSENDIRIAN TERBIAR DI MELAKA

Seluas 3,628 hektar tanah milik persendirian di negeri ini merupakan tanah terbiar yang turut menimbulkan masalah seperti menjadi habitat musuh tanaman antaranya babi hutan.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata keluasan tanah yang tidak diusahakan itu agak besar daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri ini pada 79,276 hektar.

Justeru katanya Kerajaan Negeri Melaka menggesa pemilik tanah terbiar di negeri ini membangunkannya dengan pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka di samping dapat memajukan sektor pertanian negeri.

"Kerajaan negeri memandang serius isu tanah terbiar ini kerana ia akan merugikan bukan sahaja negeri dan negara tetapi juga membantutkan usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan makanan," katanya kepada Bernama di sini.

Justeru, katanya kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada semua pemilik tanah terbiar di negeri ini dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Melaka bagi memberi kebenaran kepada kerajaan untuk memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun Hasan berkata hanya 2,571 pemilik sahaja yang memberi respons positif kepada Jabatan Pertanian untuk program itu manakala pemilik lain tidak bersetuju dan tidak memberi apa-apa maklum balas.

"Kerajaan negeri juga telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memberi galakan kepada pemilik tanah terbiar berkenaan bagi mengusahakannya melalui Jabatan Pertanian negeri yang dilantik sebagai urusetia program tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai agensi turut memberikan pelbagai manfaat dan insentif kepada pengusaha termasuk khidmat nasihat dan kaunseling bagi menggalakkan pembangunan tanah terbiar di negeri ini.


Katanya sebagai contoh pemberian bantuan amalan teknologi maksimum bernilai RM20,000 per hektar diberikan kepada setiap projek pambangunan tanah terbiar yang mengusahakan tanaman pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai pasaran..

No comments:

Post a Comment

Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif