Wednesday, 28 October 2015

GROUP MEMBER,,



                    
                4 mahasiswa LADS,,

Ziana Yong (Sarawak) : pakai spek comel2
Syikin Abdul Kadir (Pahang) : tudung maroon tinggi2
Nissa Abdul Rahman (Johor) : baju belang2 hitam putih
Hafizah Jefri (Kedah) : kecil2 molek / peah.


Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai dan bakal-bakal mahasiswa/siswi tentang program pembangunan dan pentadbiran tanah.

TABUNG HAJI -ISU PEMBELIAN TANAH TRX [9 MEI 2015






Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah Tabung Haji yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.


Sebelum ini, Azeez (gambar, kiri) menafikan pendedahan beberapa blog bahawa Tabung Haji membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.


"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, Tabung Haji tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan Tabung Haji perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.


Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar, kanan), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.


"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-tabung-haji-mengaku-beli-tanah-1mdb-rm188-juta#sthash.knqcylyf.dpuf

MELAWAT TAPAK PEMBINAAN.






Program Pentadbiran dan Pentadbiran bukan sahaja menumpukan kepada aspek perundangan, malah pelajar juga memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan mengenai proses pembangunan. Kami sebagai pelajar tahun 2 telah pun menimba pengalaman untuk turun sendiri ke tapak projek pembinaan kawasan perumahan sekitar Kulaijaya.

Kami juga diberi pendedahan tentang cara dan proses pembinaan, kawalan dari pihak kontraktor dan juga bahan yang digunakan dalam proses tersebut. Tapak dan kawasan pembinaan ini merupakan kawasan larangan bagi orang awam.

Namun Alhamdulillah Uncle Genting Property telah memberi kebenaran kepada kami sebagai pelajar untuk merasai sendiri keadaan di tapak pembinaan




Thursday, 22 October 2015

ISU TANAH DI MALAYSIA

MASALAH TANAH PERSENDIRIAN TERBIAR DI MELAKA

Seluas 3,628 hektar tanah milik persendirian di negeri ini merupakan tanah terbiar yang turut menimbulkan masalah seperti menjadi habitat musuh tanaman antaranya babi hutan.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata keluasan tanah yang tidak diusahakan itu agak besar daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri ini pada 79,276 hektar.

Justeru katanya Kerajaan Negeri Melaka menggesa pemilik tanah terbiar di negeri ini membangunkannya dengan pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka di samping dapat memajukan sektor pertanian negeri.

"Kerajaan negeri memandang serius isu tanah terbiar ini kerana ia akan merugikan bukan sahaja negeri dan negara tetapi juga membantutkan usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan makanan," katanya kepada Bernama di sini.

Justeru, katanya kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada semua pemilik tanah terbiar di negeri ini dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Melaka bagi memberi kebenaran kepada kerajaan untuk memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun Hasan berkata hanya 2,571 pemilik sahaja yang memberi respons positif kepada Jabatan Pertanian untuk program itu manakala pemilik lain tidak bersetuju dan tidak memberi apa-apa maklum balas.

"Kerajaan negeri juga telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memberi galakan kepada pemilik tanah terbiar berkenaan bagi mengusahakannya melalui Jabatan Pertanian negeri yang dilantik sebagai urusetia program tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai agensi turut memberikan pelbagai manfaat dan insentif kepada pengusaha termasuk khidmat nasihat dan kaunseling bagi menggalakkan pembangunan tanah terbiar di negeri ini.


Katanya sebagai contoh pemberian bantuan amalan teknologi maksimum bernilai RM20,000 per hektar diberikan kepada setiap projek pambangunan tanah terbiar yang mengusahakan tanaman pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai pasaran..

Wednesday, 21 October 2015

Kanun Tanah Negara


         Assalamualaikum dan salam UTM sanjungan bangsa. Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana kami dapat menulis lagi tentang Kanun Tanah Negara. Pada semester ini, iaitu semester tiga tahun dua pengajian kami di UTM kami telah didedahkan mnegenai apa itu Kanun Tanah Negara atau dikenali sebagai KTN. Untuk pengetahuan semua KTN adalah asas undang-undang tanah di Malaysia. KTN mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966. Sistem pemegangan tanah adalah sama di semua 11 buah negeri di semenanjung barat Malaysia. Sebelum wujudnya KTN, Malaysia mempunyai 2 pemegangan tanah yang berlainan iaitu salah satunya adalah berasaskan Sistem Torrens.

Sistem Torrens adalah berasaskan kepada sistem pendaftaran. Sebarang bentuk hakmilik perlu didaftarkan di Pejabat Tanah. Tujuan pendaftaran adalah untuk rujukan atau simpanan bukti rujukan masa hadapan. Terdapat tiga prinsip yang telah ditekankan iaitu prinsip cermin, prinsip tadbir dan prinsip data insurance. Tetapi di Malaysia, prinsip cermin dan prinsip tadbir telah ditekankan.


Prinsip cermin adalah pendaftaran yang mencerminkan atau menggambarkan semua fakta atau kepentingan yang berkaitan dengan tanah tersebut. Prinsip Tadbir pula adalah, pendaftaran tanah tersebut tidak perlu  menyingkap atau melihat di sebalik sejarah pendaftaran sebelum ini. Kebaikan atau manfaat daripada Sistem Torrens ini adalah semua data telah direkodkan dan proses berjalan dengan mudah dan lancar. Proses berjalan dengan mudah kerana semua negeri menggunakan sistem ini. Sekian sahaja penerangan kami mengenai KTN. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Segala kesilapan harap dapat dibaiki bersamaa demi kebaikan masa depan.  

Monday, 19 October 2015

SISTEM TORRENS

        Sistem Torrens sebenarnya adalah berasal daripada sistem yang digunapakai di Australia dan tidak diambil daripada British walaupun kita diperintah oleh British pada masa dahulu. Sistem ini adalah amat berkesan dalam menguruskan pemilikan tanah dan mengenalpasti ciri-ciri pemilikan tanah tersebut melalui maklumat-maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik itu sendiri.

Melalui Sistem Torrens terdapat 2 prinsip yang digunapakai iaitu:
1) Prinsip ‘Cermin’ (mirror)
2) Prinsip ‘Tabir’ (curtain)

Melalui Prinsip Cermin, dokumen hakmilik disediakan dalam 2 salinan asal yang mana satu salinan disimpan di Pejabat Tanah berkaitan (sama ada Pejabat Tanah Daerah atau Pendafar Hakmilik Negeri) dan satu lagi akan disimpan oleh pemilik tanah berkenaan. Segala maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik di Pejabat Tanah terdapat di dalam dokumen hakmilik yang disimpan oleh pemilik hartanah yang bermakna segala maklumat yang diingini oleh seseorang mengenai hartanah berkenaan boleh diperolehi sama ada melalui salah satu dokumen berkenaan sebagaimana prinsip cermin.

Prinsip kedua pula iaitu Prinsip Tabir bermaksud segala maklumat berkaitan hartanah adalah dinyatakan di dalam dokumen hakmilik berkenaan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat berkenaan seperti jenis kegunaan tanah, saiz, jenis pemilikan, syarat-syarta nyata dan pemilikan hartanah berkenaan.


Sistem Torrens merupakan asas kepada sistem tanah Malaysia dan menjadi jantung kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 di bawah Seksyen 340. 
Tan Crown http://dl10.glitter-graphics.net/pub/672/672630e36kau25pl.gif